JKPTG teroka kaedah baharu atasi masalah tanah Persekutuan terbiar

JKPTG teroka kaedah baharu atasi masalah tanah Persekutuan terbiar

JOHARI ABDUL GHANI ketika ditemui pada sambutan Hari Tanah Negara Ke-9 Tahun 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) kini dalam proses meneroka kaedah baharu dalam mengatasi masalah tanah-tanah Persekutuan terbiar yang tidak dibangunkan bagi tujuan asalnya.

Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, walaupun JKPTG berfungsi untuk menyelaras perolehan tanah bagi kegunaan Persekutuan, namun jabatan tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses perancangan perolehan.

Jelas beliau, sebaliknya, Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) yang bertanggungjawab terhadap perancangan perolehan tanah untuk kegunaannya, dengan setiap KJP mempunyai perancangan tersendiri.

Justeru, katanya, ketidakselarasan ini menyebabkan perolehan tanah menjadi tidak teratur, sekali gus berpotensi merugikan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa panjang.

“Kaedah baharu itu antaranya adalah dalam memusatkan perolehan tanah sepenuhnya di bawah JKPTG dengan JKPTG diberikan kawalan sepenuhnya dalam mengawal peruntukan perolehan tanah.

“Perkara ini saya percaya akan dibincangkan secara lebih holistik dalam sesi plenari kelak,” katanya ketika berucap pada Persidangan Tanah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-9 Tahun 2025 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN