LONDON: Penyanyi, Jessie J, 37, memaklumkan terpaksa menunda konsert jelajahnya yang dijadualkan berlangsung sekitar penghujung tahun ini.
Kata Jessie, keputusan itu diambil disebabkan pembedahan kedua yang perlu dilakukannya selepas dia disahkan menghidap kanser payudara.
“Dukacita dimaklumkan konsert jelajah terpaksa ditunda bagi membolehkan saya menjalani pembedahan pada penghujung tahun ini
”Tolong maafkan saya, saya perlu sembuh.Perkara ini amat mengecewakan, tapi saya tahu anda semua menjangkakan ia akan berlaku,” katanya.
Jessie berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Jessie atau Jessica Ellen Cornish pada June lalu mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan menghidap kanser payudara tahap awal.
Penyanyi kelahiran London itu yang telah melakukan pembedahan awalnpada penghujung bulan yang sama mengesahkan kanser berkenaan tidak merebak ke organ lain.