PORT DICKSON: Unit Forensik Hospital Port Dickson petang ini lengang tanpa kehadiran waris dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Linggi di sini semalam. Proses bedah siasat dua beradik itu masing-masing kanak-kanak lelaki enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun itu telah bermula pukul 3 petang tadi. Namun sehingga pukul 4.30 petang tadi, tiada waris yang hadir bagi…