Dua rumah musnah dijilat api di Pulau Ketam

Dua rumah musnah dijilat api di Pulau Ketam

ANGGOTA bomba sukarelawan memadam kebakaran itu di Bagan Tau Chu, Pulau Ketam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Suasana di Pulau Ketam gempar apabila dua rumah musnah dalam kebakaran di kawasan Bagan Tau Chu, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Kedua-dua kediaman berstruktur kayu itu musnah sepenuhnya, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bersama Bomba Sukarela Pulau Ketam bergegas ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan dua rumah kelas C berkeluasan 40 x 40 kaki persegi yang terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman dijalankan pasukan bomba sukarelawan menggunakan dua pam, empat hos dan satu nozel,” katanya.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dengan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN