KUALA LUMPUR: Pelakon, Sophia Albarakbah memaklumkan dia tidak akan sesekali melakukan pembedahan kosmetik semata-mata untuk kelihatan lebih cantik.
Kata Sophia, dia sedar perkara itu ditegah dalam agama kerana membawa kemudaratan di kemudaratan di kemudian hari.
“Jelas kita tahu perkara itu salah. Jadi tidak patut kita buat. Ia dilarang sebab bawa kesan buruk di kemudian hari.
“Kalau kita buat pembedahan sekarang mungkin jadi cantik. Kemudian akan nampak teruk.
“Lebih menakutkan sampai membawa kematian,” katanya.
Sophia berkata demikian pada malam gala filem Tembuni Berdarah baru-baru ini.
Pelakon berusia 32 tahun dalam masa yang sama memaklumkan sekadar meneruskan rutin penjagaan wajah untuk menjaga penampilannya.
“Saya selalu mengenakan solekan. Jadi saya hanya amalkan rutin sama seperti wanita lain seperti cuci muka dan pakai pelembap.
“Adakalanya, saya ada juga membuat rawatan di spa,” kongsinya.
Pelakon berdarah campuran Melayu, Arab dan Cina ini dalam masa yang sama memaklumkan dia tidak memandang serong mana-mana individu yang memilih melakukan prosedur kosmetik untuk mengubah wajah mereka.
“Kita tidak sepatutnya jatuh hukum, kita juga pendosa.
“Apa yang boleh kita lakukan adalah bagi nasihat, bukan pandang serong,” ujarnya. – UTUSAN