Libat urus perubatan pribumi babit lebih 25 komuniti

Libat urus perubatan pribumi babit lebih 25 komuniti

Perubatan pribumi
DZULKEFLY Ahmad mendengar penerangan daripada seorang pengamal perubatan tradisional pribumi pada Program Jalinan MADANI: Pemerkasaan Perubatan Tradisional Orang Asli Semenanjung, Sabah dan Sarawak di Kuala Langat, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kementerian Kesihatan menjalankan libat urus bersama 373 peserta daripada lebih 25 komuniti pribumi terhadap penilaian potensi perubatan tradisional pribumi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, libat urus melibatkan komuniti pribumi di seluruh negara itu adalah sebagai langkah untuk mengangkat kaedah perubatan alternatif berkenaan bagi diiktiraf di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016.

Menurutnya, kesemua libat urus melibatkan dialog terbuka dan lawatan ke lapangan ke atas pihak terlibat serta pengamal perubatan tradisional pribumi sementara pemetaan hasil perbincangan tersebut akan dibuat sebagai rujukan pada masa akan datang.

“(Apabila pemetaan dibuat) kita dapat kenal pasti kehebatan mereka dan ideanya adalah boleh dilakukan rujukan (mutual referencing) kalau ada hal yang tertentu [sebagai contoh rawatan Ortopedik dan sebagainya.

“Sebelum ini, kami meletakkan asas kawal selia tujuh lagi perubatan alternatif menerusi akta berkenaan seperti perubatan Melayu, Cina, India, Homeopati, Kiropraktik, Osteopati dan pengubatan Islam,” katanya pada Program Jalinan MADANI: Pemerkasaan Perubatan Tradisional Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak.

Dzulkefly berkata, bagaimanapun penilaian terhadap kaedah rawatan tersebut akan diteliti dengan cermat sebelum diiktiraf sebagai alternatif kepada perubatan moden sedia ada.

“Perkara ini perlu dicermati dengan pendekatan bijak dan baik. Kami juga perlu melihat kepada kebimbangan pengamal perubatan pribumi dalam beberapa perkara termasuk hal berkaitan harta intelek perkongsian manfaat dan sebagainya,” ujarnya.

Malah, beliau memberi jaminan kementeriannya akan mempermudahkan beberapa urusan dalam usaha mengiktiraf perubatan tradisional pribumi sebagai perubatan komplementari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN