JD.Com mahu operasi di Malaysia - Anwar - Utusan Malaysia

JD.Com mahu operasi di Malaysia – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat e-dagang dan logistik China, JD.com menyatakan hasrat untuk memperluas operasinya di Malaysia, khususnya dalam sektor logistik.

Perkara itu antara yang dicapai hasil pertemuan antara wakil syarikat itu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, JD.com selaku pemain utama dalam sektor e-dagang dan logistik turut menyatakan hasrat untuk membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan ke China.
“JD.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, khususnya dalam bidang logistik. Saya menyambut baik hasrat ini, mengambil kira kedudukan strategik Malaysia yang berpotensi muncul sebagai hab logistik serantau, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
“Pada masa sama, JD.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

JD.com mempunyai lebih 580 juta pelanggan seluruh China sudah berada di Malaysia melalui JD Global Sales yang menawarkan perkhidmatan e-dagang rentas sempadan untuk pengguna luar negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut bertemu Persatuan Industri Semikonduktor China (CSIA) selaku badan utama yang mewakili lebih 1,400 syarikat semikonduktor di China.

“Dalam pertemuan ini, saya tegaskan iltizam Malaysia untuk menjadi pemain utama semikonduktor global, seperti yang digariskan dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

“Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan Madani akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini