SRI AMAN: Jasad lelaki warga emas yang hilang selepas perahu dinaikinya bersama-sama menantu karam di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Bayai di sini, semalam ditemukan hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 71 tahun itu dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.48 pagi, yang kemudian memaklumkan kepada Balai Polis Sri Aman. “Mayat mangsa dijumpai pada jarak 200 meter dari lokasi perahunya karam dan telah dibawa…










