Lima individu ditahan bantu siasatan kes ‘serang’ kereta guru

Lima individu ditahan bantu siasatan kes ‘serang’ kereta guru

TANGKAP layar video sekumpulan individu bertindak agresif terhadap sebuah kenderaan di kawasan lampu isyarat berhampiran Jesselton Quay, Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki yang bertindak agresif terhadap sebuah kenderaan dipandu seorang guru dalam kejadian berhampiran Jesselton Quay di sini semalam yang turut tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, semakan mendapati satu laporan berkaitan kejadian itu telah dibuat seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada pukul 2.35 petang semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1.45 tengah hari pada hari sama selepas pengadu selesai menghadiri satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Siasatan awal mendapati, ketika pengadu menuju ke kenderaannya di kawasan tempat letak kereta berhampiran gudang sebuah syarikat kurier di Pelabuhan Kota Kinabalu, dia berhadapan dengan beberapa individu yang dipercayai pekerja premis berkenaan.

“Berlaku provokasi lisan sebelum situasi menjadi tegang, menyebabkan pengadu bertindak mengundurkan kenderaan dan secara tidak sengaja terlanggar sebuah kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN