JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan tempatan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan warga Nepal dalam kejadian di Iskandar Puteri, Ahad lalu. Tertuduh, S. Jacson Raj, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab. Mengikut pertuduhan, Jacson didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sunar Bal Krishna, 44, di hadapan pondok pengawal Apartment Nusa…