PETALING JAYA: Isu kekecohan pengosongan Kampung Sungai Baru baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran dalam pembentangan semula Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) nanti. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kaedah pengambilan tanah di kawasan tersebut yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah disifatkan agak keterlaluan sehingga memberi implikasi pada masa sekarang. Katanya, nilai pampasan yang diberikan pemaju kepada penduduk hasil penilaian hartanah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah…