KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan pemaju perlu membina dua blok rumah terlebih dahulu untuk membawa penduduk yang telah berpindah. Katanya, langkah itu penting untuk memulihkan keyakinan penduduk lain yang masih enggan berpindah selagi janji pembinaan semula tidak ditunaikan. “Ramai penduduk sudah berpindah, hanya tinggal 14 keluarga yang belum keluar. Pemaju kena siapkan dahulu dua blok menggunakan kawasan yang sudah dibangunkan, kemudian bawa balik penduduk…