PETALING JAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa digesa tampil memberi penjelasan berhubung kemelut pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru yang kini menimbulkan keresahan penduduk. Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Annuar perlu bertanggungjawab kerana pewartaan Akta Pengambilan Tanah dibuat ketika beliau menerajui kementerian itu. Katanya, tindakan berdiam diri hanya menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sedangkan aktivis pembangkang giat menyerang kerajaan Madani…