Islam membenarkan hiburan?

Islam membenarkan hiburan?

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Islam membenarkan hiburan?

SOALAN
Apakah status hiburan dalam Islam? Apakah Islam membenarkan? Ini kerana anak saudara perempuan saya ingin menjadikan menyanyi sebagai kerjayanya.

Murni
Bruas Perak

JAWAPAN
Hiburan yang menjaga akhlak dan tidak membawa kepada pergaulan bebas adalah diharuskan. Sukar untuk wanita menjaga diri ketika menjadi penyanyi daripada syarat-syarat ini. Apa pun carilah ruang yang lain.

Beza solat jamak dan solat qasar serta
jamak sahaja

SOALAN
Saya selalu pergi ke luar kawasan atau perlu hadir tugasan luar. Saya mohon penjelasan bagaimana saya hendak laksanakan solat? Apakah perbezaan solat jamak dan qasar atau jamak sahaja? Yang mana satu saya perlu ikut?

Zulhilmi
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Perbezaan antara solat jama dan qasar adalah solat jamak tidak terbatas dengan musafir kemungkinan bagi pesakit yang teruk. Adapun qasar hanya terbatas kepada musafir dua marhalah.

Selalu tertinggal solat atas kapal terbang

SOALAN
Saya berasal dari Sarawak selalu berdepan masalah hendak solat sebab kehabisan waktu di atas kapal terbang. Apakah nasihat ustaz supaya tidak tertinggal solat selalu?

Julaihi
Kuching

JAWAPAN
Boleh solat atas kapal terbang walaupun tidak cukup syarat. Ini dipanggil solat hormat waktu dan apabila sampai di lapangan terbang nanti atau rumah boleh qada semula.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN