PETALING JAYA: Semua doktor perlu dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dalam persekitaran yang selamat serta penuh rasa hormat tanpa berdepan ancaman, penghinaan atau intimidasi. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Kalwinder Singh berkata, MMA memandang serius insiden ugutan dan penghinaan dalam talian yang dilemparkan terhadap pakar patologi, Dr. Jessie Hiu susulan keterangannya sebagai saksi profesional dalam inkues Zara Qairina Mahathir. “Adalah penting untuk memastikan semua doktor dapat menjalankan tugas mereka…