Intan Najuwa didik anak tidur sendiri seawal tiga bulan

Intan Najuwa didik anak tidur sendiri seawal tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerap berkongsi ilmu keibubapaan, pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa lega apabila puteri kesayangannya, Imane Lunara sudah pandai tidur sendiri sebelum usianya mencecah setahun.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, dia sudah mendidik anaknya untuk tidur sendiri atau ‘sleep training’ sejak usianya tiga bulan.

“Dari umur dia tiga bulan, saya sudah mula buat latihan tidur. Saya tidak ajar dukung atau dodoikan dia lama-lama.

“Saya bagi dia tidur dalam katil bayi dan tepuk-tepuk saja,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Jesnita itu turut berkongsi gelagat anaknya yang hampir tertidur ketika berada di dalam katil bayi.

Hasil didikan tersebut, Intan turut meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang mudah untuk dijaga.

“Jadi, sekarang setiap malam, dia akan berkhayal dan tidur sendiri. Tahu-tahu sudah tertidur. Anak yang sangat baik,” kongsinya.

Untuk info, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN