ICOHOPE 2025 langkah strategik perluas jaringan akademik dan penyelidikan - Utusan Malaysia

ICOHOPE 2025 langkah strategik perluas jaringan akademik dan penyelidikan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menyampaikan Tabung Amanah Pendidikan Faizuddin sebanyak RM20,000 kepada Universitas Deztron Indonesia pada Majlis Pelancaran ICOHOPE 2025 di Hotel Grand Mecure, Medan Indonesia. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN, INDONESIA: Penganjuran Persidangan Antarabangsa International Conference on Holistics Opportunities For Poverty Empowerment (ICOHOPE) 2025 merupakan langkah strategik dalam memperluaskan jaringan akademik dan penyelidikan ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Prof Emeritus Datuk Ts. Dr. Kamarudin Hussin berkata, usaha ini juga sekali gus dapat memperkukuh kedudukan FCoEE-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai pusat kecemerlangan yang mampu bersaing di pentas dunia.

“ICOHOPE 2025 pada kali ini turut memberikan kelainan cukup istimewa apabila penganjurannya buat pertama kali dilaksanakan di luar negara.

“Langkah ini, bukan sahaja dapat memperluaskan jaringan akademik dan profesional ke peringkat antarabangsa, malah membuka peluang kepada para peserta berkongsi kepakaran, pengalaman serta
hasil penyelidikan dalam suasana lebih dinamik dan berdaya saing,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran ICOHOPE 2025 di Hotel Grand Mecure, di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis pelancaran itu adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Shahril Nizam Abdul Malek,

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, sebanyak 36 geran penyelidikan FCoEE Fasa II juga dianugerahkan kepada penyelidik dengan tema terpilih membabitkan lapan buah universiti dan institusi pendidikan.

“Perkongsian pertama hasil penyelidikan FCoEE Fasa II pada hari ini adalah berkenaan dengan peranan dan keberkesanan agihan holistik MAIPs dalam memartabatkan sosio ekonomi ummah di Perlis.

“Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ini kita dapat lihat program-program yang dilaksanakan oleh MAIPs telah memberi manfaat yang positif kepada peningkatan kualiti hidup asnaf,” katanya.

Selain mengkaji keberkesanan program, Kamarudin berkata, penyelidikan geran FCoEE Fasa II juga turut mengenal pasti permasalahan yang wujud berkenaan tema-tema tertentu.

Katanya, para penyelidik juga telah menjalankan pelbagai tajuk bagi mengenal pasti masalah yang berlaku sekali gus dapat membantu pemegang taruh melaksanakan program bersasar yang lebih efektif berdasarkan data sahih tersebut.

“Terdapat juga tujuh geran yang mengkaji secara mendalam berkenaan topik aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan vokasional ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN