KLUANG: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan khianat dengan api pada awal September lalu. Vun Lee Fon, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mujib Saroji. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan khianat dengan api dengan niat menyebabkan kebinasaan dengan cara membakar sebuah kereta hingga menyebabkan pemiliknya kerugian RM688. Tertuduh juga dituduh melakukan khianat…









