Hiduplah dengan tujuan dan matlamat yang sama - Wany Hasrita titip ucapan buat Amira Othman - Utusan Malaysia

Hiduplah dengan tujuan dan matlamat yang sama – Wany Hasrita titip ucapan buat Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Wany Hasrita tampil menitipkan ucapan menyentuh hati buat rakan baiknya, Amira Othman yang baru sahaja bertukar status menjadi isteri kepada pelakon, Fattah Amin.

Menurut Wany, penantiannya sudah berakhir tatkala menjadi antara insan bermakna menyaksikan hari bahagia pasangan itu selain berharap Amira dapat melayari bahtera rumah tangga hingga ke syurga.

“Saat yang paling saya tunggu adalah di mana Nadia Amira berjumpa dengan cinta hatinya. Dan semalam (Ahad), akhirnya dia sudah bergelar isteri. Biar setiap cerita disimpan rapi, kita buka lembaran baru.

“Hiduplah kalian dengan tujuan dan matlamat yang sama, iaitu untuk kita semua dapat berjumpa dan berkumpul kembali di Syurga Firdaus nanti, di negeri abadi,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Cinta Hatiku itu menyifatkan kematangan serta sifat penyabar yang dimiliki Amira selayaknya digantikan dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Walaupun dia muda setahun dari saya, tapi dialah paling kakak, sangat matang, penyabar dan tenang orangnya. Saya harap semua yang baik-baik untuk dia sekeluarga dunia akhirat,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Amira selamat bergelar isteri kepada Fattah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Golden Palm Tree Resort, Sepang.

Penyatuan dua hati itu secara tidak langsung hangat menjadi bualan di media sosial meskipun majlis ijab kabul itu sudah selasai dijalankan sejak tiga hari lalu.

Dalam acara tersebut, Wany bersama beberapa rakan selebriti lain seperti Anzalna Nasir, Hawa Rizwana, Nabila Razali, Qasrina Karim dan Tasha Manshahar dipilih menjadi pembawa dulang hantaran pengantin perempuan.

Untuk info, Fattah pernah berkahwin dengan aktres terkenal dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN