DI SEBALIK arus teknologi yang semakin maju, media sosial menjadi antara sumber utama umat Islam mendapatkan maklumat termasuk pengetahuan dan ilmu agama. Namun, dalam keterbukaan itu, timbul juga risiko jika maklumat yang diterima tidak disaring dengan ilmu dan kefahaman yang sahih. Seorang guru agama veteran di Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak, Muhammad Ali Kasidi, 84, yang pernah mengajar ilmu fikah, tasawuf dan fardu ain meminta masyarakat Islam agar lebih…