PETALING JAYA: Hasrat Pas untuk mengemudi Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang termasuk mencalonkan Perdana Menteri sendiri dijangka mencetuskan ketidakseimbangan dalam gabungan itu. Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, langkah itu tidak menimbulkan masalah dalam kalangan penyokong tegar Pas namun ia boleh meluaskan jurang penolakan pengundi bukan Melayu terhadap PN. “Jika Pas mengetuai PN, ia akan menambah jurang penolakan pengundi bukan Melayu. Ini kerana Pas dianggap agak ekstrem…

 
								 
											









