JERANTUT: Di celah kegelapan dan keheningan dua gua purba, 16 insan berani menyusuri lorong sempit serta lembap bukan sekadar untuk menguji fizikal, tetapi demi satu misi penuh harapan mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser yang bergelut dalam kesunyian serta kesakitan. Ekspedisi amal Cave Out Cancer 2025 anjuran Majlis Kanser Nasional (Makna) menyasarkan kutipan RM100,000 yang akan disalurkan menerusi Program Bursari Makna, khusus untuk pesakit kanser kurang berkemampuan di seluruh negara.…