KOTA BHARU: Hampir 2,000 rakyat berhimpun bagi menyaksikan Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan sempena sambutan Hari Keputeraan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang ke-56 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda pada pukul 11 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dengan diiringi 21 das tembakan meriam disusuli dengan lagu Selamat Sultan. Terdahulu, Mohd. Nassuruddin turut menyambut keberangkatan tiba Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry…