PENAMPANG: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turun padang meninjau keadaan mangsa banjir dan tanah runtuh yang ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan, semalam. Lawatan bermula di PPS Kampung Sarapung kira-kira pukul 5.30 petang sebelum beliau meneruskan tinjauan ke Putatan, meskipun hujan lebat berterusan. Di PPS Kampung Sarapung, Hajiji menerima taklimat daripada Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPPg), Normi Dyena John Tren sebelum menyampaikan…










