MEROTAI: Generasi muda khususnya di kawasan ini perlu bersedia menjadi pemimpin pada masa hadapan selain tidak terlalu mengharapkan kepada orang luar.
Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sudah tiba masa anak jati Merotai sendiri bangkit dan membawa suara kampung ke peringkat lebih tinggi.
“Generasi muda Merotai bersedia menjadi pemimpin pada masa hadapan, selain tidak terlalu mengharapkan kepada orang luar.
“Sudah tiba masa anak jati Merotai sendiri bangkit dan membawa suara kampung ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada majlis pecah tanah projek pembinaan Dewan Anak Merotai, di sini, hari ini.
Sementara itu, Yuh Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) berkata,
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM8 juta untuk membiayai pelaksanaan beberapa kemudahan asas demi keselesaan penduduk kawasan itu tahun ini.
Katanya, antara projek diluluskan ialah pemasangan lampu jalan berkuasa solar bernilai RM2.9 juta dan pembinaan dewan anak Merotai dengan kos selain RM2 juta.
“Kelulusan itu membuktikan komitmen kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk membangunkan kawasan luar bandar.
“Sudah lebih 80 tahun Merotai menanti perubahan dan rakyat sendiri melihat usaha kerajaan dalam membawa pembangunan di kawasan ini,” katanya.
Katanya, pembangunan yang dilaksanakan kerajaan GRS bukan sekadar janji politik seperti sebelum ini. – UTUSAN







