Fattah, Amira Othman, dua insan baik akhlak

Fattah, Amira Othman, dua insan baik akhlak – Rakan artis titip ucapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal disatukan menjadi suami isteri hari ini, ramai rakan artis mula menitipkan ucapan tahniah buat bakal mempelai selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.

Walaupun tidak dapat hadir menyaksikan acara akad nikah kerana berada dalam Misi Sumud Nusantara 2025, penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi bagaimanapun mendoakan agar kedua sahabatnya itu memiliki perkahwinan yang bahagia hingga ke syurga.

“Semoga Allah permudahkan segala dan dikurniakan ketenangan, mawaddah dan rahmat buat kalian bahagia hingga ke Jannah. Maaf tidak dapat hadir ke majlis kerana berada dalam misi. Apapun doa kami sentiasa mengiringi. 

“Dua-dua ini adalah insan baik adab dan akhlaknya. MasyaAllah, sangat gembira untuk anda berdua,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Tidak hanya Heliza, pelakon, Amyra Rosli uga mengucapkan selamat datang ke alam rumah tangga dan menjadi seorang isteri buat sahabatnya, Amira Othman.

Pelakon drama Nur itu juga sempat memuat naik gambar semasa majlis Bachelorette Usrah meraikan Amira Othman, baru-baru ini. 

“Hari ini merupakan hari yang bermakna untuk awak. Selamat menjalani hidup sebagai isteri. Sangat indah dan dipenuhi dengan cinta. Semoga Allah memberkati, melindungi kalian berdua hingga ke syurga, Amin,” tulisnya. 

Dalam pada itu, penyanyi, Nabila Razali juga tidak melepaskan peluang mendoakan agar majlis perkahwinan Amira Othman dan Fattah Amin berjalan lancar hari ini. 

“Semoga dipermudahkan urusan walimatulurus. Semoga Allah memberkati penyatuan jiwa kalian dengan sakinah, mawaddah, dan rahmar hingga ke syurga, Mira. 

Terdahulu, Fattah dan Amira Othman masing-masing mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada 14 September ini.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki mengenai status ‘rakan sekerja’ yang kini telah bertukar menjadi ‘rakan serumah’ yang disimpan mereka selama ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN