Fahmi minta MCMC pantau kenyataan fitnah berkaitan inkues Zara

Fahmi minta MCMC pantau kenyataan fitnah berkaitan inkues Zara

FAHMI Fadzil ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan program bantuan SARA di sebuah pasar raya mini di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diminta untuk meneliti serta memantau isu penyebaran fitnah yang tular di media sosial berhubung inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam hal ini, sebarang kandungan yang dikeluarkan mana-mana pihak sama ada pempengaruh atau pengguna media sosial seharusnya dibuat berpandukan fakta yang tepat.

Justeru, beliau berkata, jika ada sebarang kenyataan yang dibuat menyimpang daripada fakta, ditokok tambah, maka, ia boleh dianggap sebagai mengganggu proses mahkamah serta perlu dipandang serius.

“Kerajaan menghormati inkues ini dan tindakan boleh diambil terhadap mereka (jika didapati bersalah). Jadi, saya minta MCMC teliti isu ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan program bantuan SARA di sebuah pasar raya mini di Kubang Semang di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, baru-baru ini juga Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan berhubung seorang individu yang telah menyebarkan kandungan berunsur fitnah berkaitan inkues kematian Zara.

Katanya, individu tersebut telah diserahkan notis tunjuk sebab dan berdepan kemungkinan tindakan undang-undang di mahkamah.

“Jadi, jika mereka (Peguam Negara) merasakan ada keperluan untuk individu itu dihadapkan ke mahkamah, maka, dia boleh didakwa atas tuduhan menghina mahkamah,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, pihaknya juga mengambil maklum berkaitan permohonan ibu Zara iaitu Noraidah Lamat supaya semua bentuk perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti ditangguhkan sementara sehingga menunggu prosiding inkues selesai.

“Untuk netizen, saya minta supaya menghormati proses inkues dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis,” jelas beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN