KUALA LUMPUR: Penerbitan ensiklopedia merupakan satu infrastruktur intelektual negara yang menjadi asas penting dalam membina masyarakat berilmu dan berdaya saing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah ensiklopedia bukan sekadar helaian ilmu yang terkumpul tetapi adalah peta membimbing ke arah ketamadunan serta cermin jati diri bangsa. Katanya, ensiklopedia menyusun fakta sahih, membebaskan minda daripada maklumat palsu serta membuka ufuk ilmu yang melahirkan budaya kritis, inovatif dan…










