JOHOR BAHRU: Seorang bapa kepada tiga anak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya menggunakan sebuah topi keledar di Pasir Gudang, Ahad lalu. Tertuduh, Mohammad Firdaus Osman, 31, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 34 tahun menggunakan alat yang jika digunakan sebagai…