GEORGE TOWN : Dua buah premis makanan di dua pusat beli belah berasingan di sini disiasat susulan penularan satu rakaman video melibatkan penggunaan sijil halal yang mencetuskan kebimbangan orang ramai. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, siasatan terpaksa dilakukan selepas pemeriksaan awal bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mendapati, kedua-dua premis itu tidak mempamerkan sebarang logo halal oleh…