KUALA LANGAT: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini dicekup selepas dikejar selama 30 minit di kedudukan 0.04 batu nautika barat daya Morib di sini, semalam. Kedua-dua lelaki berusia 22 dan 33 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas bot pancung mereka terkandas di kawasan pokok bakau, kira-kira pukul 1.20 pagi. Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad…










