YAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan dipercayai tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak, di sini malam tadi. Dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira. Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu dipercayai diserang seorang individu dengan senjata tajam. Suspek dipercayai…










