MELAKA: Kebimbangan penduduk terhadap kemunculan seekor buaya tembaga sepanjang 1.5 meter (m) di Sungai Paya Luboh, Tangga Batu di sini sejak semalam berakhir apabila reptilia itu berjaya ditangkap sebentar tadi. Operasi selama dua jam itu bermula pukul 9.30 pagi dan reptilian itu ditangkap hidup-hidup oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 11.45 pagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi berkata, penangkapan itu…










