Dua beranak maut dalam MPV

20 panggilan tidak berjawab, rupanya dua beranak maut dalam MPV

DUA beranak, Zabanah Abu Hussin dan Intan Nur Shafiqah Othman ditemui maut dalam kereta dipercayai terhidu gas karbon monoksida.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Kami cuba hubungi telefon hampir 20 kali, tetapi langsung tidak dijawab. Hati mula rasa tidak sedap sehingga akhirnya menerima berita menyedihkan,”.

Itu luahan Khadijah Abu Bakar, 37, selepas ibu saudaranya, Zabanah Abu Hussin, 57, dan anak pe­rempuan, Intan Nur Shafiqah Othman, 25, ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam kereta pelbagai guna (MPV) Proton Exora di Kampung Paya Rumput, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku apabila dua beranak itu lemas selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida ketika berhenti di tepi jalan yang terletak hanya 50 meter dari rumah kakaknya.

Khadijah berkata, arwah dan anaknya yang bekerja di sebuah kedai makan di Cheng, biasanya akan singgah di rumah ibunya selepas tamat kerja sebelum pulang ke Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah.

“Malam tadi (semalam) kami sudah sediakan makanan seperti biasa, tetapi arwah tak sampai-sampai. Saya cuba hubungi 20 kali, mesej pun hantar kepada anaknya, tetap tiada jawapan.

“Kami mula panik apabila tidak dapat dihubungi, sehinggalah abang saya maklumkan mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta berhampiran rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini.

Khadijah berkata, ahli keluarga segera cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

Selain bau gas yang sangat kuat di dalam kereta, penduduk kampung turut mendakwa kenderaan itu sudah ada di situ sejak pukul 9 malam semalam.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tampoi di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN