SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kini bergantung kepada pengakuan bapa dan ibu kandung dua beradik yang lemas di Sungai Linggi ekoran status agama mereka yang masih diragui. Pengarahnya, Mohd. Asri Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima permohonan polis untuk pengesahan agama mangsa selepas bapa mereka mendakwa kedua-duanya telah diislamkan di Kelantan. Bagaimanapun, semakan dengan jabatan agama di Kelantan mendapati tiada rekod pengislaman. “Kita sedang mengenal pasti status…