PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang hanya menawarkan lapan kerusi kepada parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tawaran tersebut amat mengecewakan kerana BN sebenarnya mempunyai 14 kerusi incumbency hasil kemenangan pada PRN lalu. “Dengar cerita, ada seorang pemimpin utama parti komponen GRS mengatakan bahawa lapan kerusi…