BUTTERWORTH : Seorang pemandu e-hailing didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan iaitu menipu seorang individu berhubung pembayaran deposit bagi pembelian sebuah rumah pada 2022. A. Thirumurthi, 44, yang juga bapa kepada tiga orang anak itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Berdasarkan kelima-lima pertuduhan, dia didakwa menipu G. Muralidaran, 32, dengan memperdaya lelaki berkenaan…