Dari negeri transit, Perlis kini destinasi pelancongan utama

Dari negeri transit, Perlis kini destinasi pelancongan utama

PERLIS yang dahulu sekadar menjadi transit pelancong ke Langkawi kini  mula menjadi antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis kini mula menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dari seluruh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini berbanding sebelum ini hanya sekadar menjadi transit ke Pulau Langkawi.

Perkara itu dibuktikan menerusi pertambahan kehadiran pelancong sebanyak 2.99 juta pada 2022 kepada 3.23 juta pada 2023 manakala tahun lalu, ia mencecah sehingga tiga juta dan setakat Jun lalu, menyaksikan kemasukan 1.6 juta pengunjung.

Malah, menjelang Tahun Me­lawat Malaysia tahun depan, Per­lis dijangka menjadi antara negeri pilihan pelancong bagi menikmati keindahan panorama dan keunikan terdapat di negeri ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, bersempena Tahun Melawat Perlis dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, Perlis dijangka terus menjadi pilihan pelancong.

Katanya, bagi terus mengekalkan negeri ini sebagai lokasi pilihan pelancong, kerajaan negeri juga akan terus menerokai lokasi-lokasi lain sebagai tarikan baharu.

Katanya, daripada segi prasarana kawasan-kawasan pelancongan, ia akan terus ditambah baik daripada masa ke semasa.

“Kita akan lihat lagi tempat-tempat baharu untuk diteroka sebagai lokasi tarikan pelancongan. Di Perlis ini juga mempunyai 160 kedai kopi yang boleh dinikmati oleh pelancong yang datang ke sini selain makanan yang murah dan sedap.

“Perlis juga terkenal dengan suasana yang menenangkan selain panorama yang memukau seperti keindahan sawah padi menghijau dan latar belakang pemandangan bukit yang cantik,” katanya di sini semalam..

Mohd. Shukri juga mengalu-alukan mana-mana pelabur yang berminat untuk membina hotel di negeri ini khususnya di kawasan Padang Besar dan Wang Kelian.

“Ia bagi menampung daripada segi penginapan pelancong yang datang ke negeri ini. Setiap kali musim cuti, hotel dan inap-inap desa di negeri ini sentiasa penuh,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN