KUALA TERENGGANU: Penjawat awam sudah lebih 12 tahun tidak menerima bonus sebulan gaji dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ia dapat dipertimbang kerajaan dalam Belanjawan 2026. Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, walaupun kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sebanyak lapan peratus pada Disember lalu dan tambahan tujuh peratus yang bakal dinikmati Januari depan, pemberian bonus tetap dianggap penghargaan istimewa kepada anggota perkhidmatan awam. “CUEPACS berterima kasih dengan pengumuman…