GUA MUSANG: Seorang buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di kawasan rumah kongsi kebun getah di sebuah ladang dekat sini, kira-kira tiga minggu lalu. Tertuduh Mg. Zaw, 44, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri. Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh…