Buruh ladang ditahan simpan senapang patah, pistol buatan sendiri - Utusan Malaysia

Buruh ladang ditahan simpan senapang patah, pistol buatan sendiri

SENAPANG dan pistol buatan sendiri yang dirampas dalam serbuan sebuah ladang sawit di Gua Musang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis merampas dua laras senapang patah dan sepucuk pistol buatan sendiri bersama 21 butir peluru selepas menahan seorang buruh ladang dalam serbuan di rumah kongsi di ladang kelapa sawit di sini semalam.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada pukul 4 petang menerusi Op Laras oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu telah menjumpai sebuah beg di atas lantai yang berisi dua laras senapang patah dan sepucuk pistol buatan sendiri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu botol plastik mengandungi 21 butir peluru hidup Bore 12 pelbagai jenis, sebilah pedang berhulu dan bersarung kayu.

“Siasatan mendapati, lelaki itu dipercayai merupakan penghuni di dalam rumah kongsi tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN