KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Ke-46 menolak resolusi konflik di sempadan Thailand-Kemboja kerana bukan berada di bawah bidang kuasa pertubuhan itu. Presiden AIPA, Tan Sri Johari Abdul berkata, AIPA adalah badan legislatif yang menghimpunkan penggubal undang-undang dan ahli Parlimen di seluruh ASEAN. Katanya, konflik pertikaian sempadan di antara kedua-dua negara itu adalah melibatkan hal ehwal kerajaan Thailand dan Kemboja. “Pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan usaha-usaha…