ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) meminta kerajaan memperkemas inisiatif Bantuan Madani RON95 (BUDI95) sebelum pelaksanaanya bermula kerana dibimbangi tidak akan mencapai objektifnya terutama melibatkan ketirisan. Presiden Cake, Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, risiko subsidi itu digunakan warga asing tetap wujud walaupun kerajaan mewajibkan penggunaan MyKad pada setiap transaksi pembelian petrol. “Kami mahukan jaminan kerajaan mengenai penggunaan MyKad, adakah tidak berlaku ketirisan minyak petrol ini kepada warga asing kerana kita tahu…










