KENINGAU: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah ini berjaya membawa keluar seorang wanita yang terperangkap di dalam rumahnya akibat dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan, di Kampung Tuntumulud, Bingkor, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, sepasukan lapan anggota bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan. Ketua Balai BBP Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati beberapa kawasan…










