'Bersatu jangan sibuk unjuran pilihan raya, tumpu isu surat layang'

‘Bersatu jangan sibuk unjuran pilihan raya, tumpu isu surat layang’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya menumpukan kepada urusan dalam parti sendiri dan usah sibuk membuat unjuran pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengarah Komunikasi PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, politik dalaman Bersatu ketika ini lebih rancak dan dinamik sehingga timbul isu surat layang yang didedahkan kepada umum.

“Saya cadangkan mereka fokus kenapa ada surat layang yang didedahkan dan politik seperti ini tidak baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini bagi mengulas kenyataan Bersatu yang menjangkakan PRU16 dan PRN di beberapa negeri bakal diadakan tahun depan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Bersatu sepatutnya menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut.

“Jadi unjuran saya bagi Bersatu ialah fokus kepada Perhimpunan Agung Tahunan mereka, terlebih dahulu,” katanya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kali ini menjadi medan penting untuk Bersatu menyemak dan menilai prestasi di lapangan.

Terdahulu, Bersatu memandang serius dakwaan penyebaran surat layang yang memburukkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN