PETALING JAYA: Pemberian atau penerimaan hadiah boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah rasuah apabila ia mempunyai hubungan dengan kepentingan dalam tugas rasmi. Ketua Cawangan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kelantan, Wan Siti Junaida Ismail berkata, kepentingan pematuhan dalam tatacara kerja adalah bagi memastikan tadbir urus sesebuah jabatan teratur. Menurutnya, ia juga bagi memastikan tiada kelompangan yang membuka ruang serta peluang kepada berlakunya rasuah. “Rasuah adalah perbuatan haram yang…










