MELAKA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan belum menerima sebarang surat saman daripada ibu bapa bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dibuang kerana kesalahan buli. Beliau berkata, ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati tidak mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan Mara. “Setakat ini saya belum terima apa-apa surat tuntutan lagi. Sebenarnya saya pun tertanya-tanya atas alasan apa hendak…