MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Belanjawan 2026 yang sedang dirangka kerajaan perlu memberi penekanan seimbang antara tuntutan ekonomi dengan keperluan rakyat, khususnya dalam menangani kos sara hidup. Menurut beliau, pendekatan ekonomi tidak boleh hanya berpandukan teori klasik semata-mata kerana ia berisiko membebankan majoriti rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. “Kalau ikut preskripsi ekonomi, hasil negara memang besar tetapi beban rakyat juga besar, itu sebab kita pilih pendekatan lebih…