Ronald tidak layak gesa Muhyiddin berundur

Ronald tidak layak gesa Muhyiddin berundur

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ronald Kiandee tidak layak mendesak Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia (Armada), Armada Harris Idaham Rashid berkata, perkara itu mengambil kira prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana Ronald yang memimpin di Bersatu Sabah gagal memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan.

“Majoriti calon Bersatu hilang deposit sehinggga menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti dan keberkesanan kepimpinan beliau dalam konteks PRN tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ronald yang mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan berundur bagi membolehkan proses pemulihan parti dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mengembalikan hala tuju perjuangan.

Harris Idaham berkata, sekiranya ada pihak yang cuba menggugat kestabilan parti, adalah lebih baik mereka dikenakan tindakan disiplin daripada membenarkan keutuhan parti dihancurkan dari dalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN