Annuar Musa tiada dalam senarai AJK Pas Pusat 

Annuar Musa tiada dalam senarai AJK Pas Pusat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat jawatan tertinggi diisytiharkan menang tanpa bertanding menjelang Muktamar Pas kali ke-71. 

Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat 2025 menerusi kenyataan akhbar memaklumkan jawatan itu melibatkan Pengerusi Tetap, Senator Hussin Ismail; Timbalan Pengerusi Tetap, Kamal Shaari; Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Bagi jawatan Naib Presiden, tiga daripada empat calon yang layak bertanding berjaya mengekalkan kedudukan iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. 

Bagaimanapun, seorang calon melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menolak pencalonan bagi jawatan berkenaan. 

Sementara itu, seramai 38 calon diumumkan layak bertanding bagi merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan lapan calon lain menolak pencalonan tersebut. 

Tiada nama bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa tersenarai dalam persaingan jawatan tersebut, sebaliknya hanya nama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan bekas Ahli Dewan Negara, Senator Nuridah Salleh berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda 050925-jawatan PAS-muktamar Pas Pusat dan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN